Tip Wanita Bersalin
Pemakanan
Pemakanan
- Wanita lepas bersalin perlu bijak memilih makanan yang sesuai yang boleh diambil sepanang tempoh berpantang.
- Ambil makanan yang boleh memanaskan badan seperti air jamu dan akar kayu
- Seelok-eloknya hadkan pergerakkan dan berehat sepenuhnya pada minggu pertama selepas bersalin
Rawatan badan
- Mandi serai wangi atau rempah membantu membersihkan kotoran,mengembalikan kesegaran badan,dan memastikan badan harum sepanjang masa.
- Mandi seperti berendam susu,mandi wap atau lulur sebaliknya dilakukan selepas habis pantang 100 hari.
Bertungku
- Bertungku membantu memberikan kehangatan pada urat saraf selain membantu memulihkan organ peranakkan dan rahim. Kebiassannya,ada tungku batu sungai dan pasir sungai yang diikat dalam sarung buntil.
- Bertungku hanya membabitkan bahagian perut,paha,betis dan seluruh tapak kaki.
Berurut
- Bagi ibu yang bersalin secara biasa,urutan badan seeloknya di lakukan selepas tiga hari manakal bagi mereka yang melakuakn pembedahan di nasihatkan urutan selepas dua minggu bersalin.
- Proses urutan dilakukan menggunakan minyak urut yang diadun dengan akar kayu dan serai wangi.Ia dapat membantu melancarkan peredaran darah,membuang angin,memulihkan otot dan sendi serta membuang toksin.
- Berbengkung membantu mengempiskan perut dan mengembalikan tubuh langsing.
- Bengkung diperbuat daripada kain sepanjang kira-kira 10metr dililit bermula dari bawah payu dara hingga ke pangkal ari.Seelok-elonya pakai bengkung sepanjang malam sehingga keesokkan pagi.
- Barut di pakai di dalam sebelum berbengkung,sebelum berbarut,bahagian perut boleh disapukan dengan limau dan kapur.
- Param disapukan pada seluruh anggota badan dan pilis pada dahu bagi membantu mengelakkan tubuh dimasukki angin
No comments:
Post a Comment