Monday, September 12, 2011

Khasiat Scrub

Skrub : Kopi
Kebaikan : Kopi sangat baik untuk menganjalkan kulit tertutamanya masalah selulit di bahagian tubuh seperti di paha,lengan,pinggul dan betis. Semasa terapi urutan,skrub kopi ini dipercayai boleh memecahkan lemak yang terkumpul di bahagian badan tertentu. Mencantikkan tekstur kulit selain mencerah dan menanggalkan sel kulit mati.

Skrub : Limau Nipis
Kebaikan : Aroma limau nipis memberikan ketenangan dan kesegaran kepada tubuh,mengandungi natural antiseptik untuk menyah bau badan. Sangat lembut dan memberikan kesegaran berpanjangan selain mencerahkan kulit dan kulit kelihatan bercahaya dan bersih.

Skrub : Kacang Hijau
Kebaikan : Kacang hijau telah lama digunakan sejak turun temurun sebagai bahan rawatan kecantikan kulit. Mengurangkan masalah jerawat, memudarkan parut serta mencerahkan kulit. Kulit lembut setelah dilulur dengan ramuan tradisional ini. Ia baik untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghapuskan flek hitam di celah pelipat badan.

Skrub : Halia
Kebaikan : Halia adalah herba yang boleh menghangatkan badan serta membuang angin dalam badan. Setelah proses skrub ini,badan akan merasa segar, bertenaga, 'warm' dan menghaluskan kulit.

No comments: